Sabtu, 25 Januari 2014

Lencana Tertinggi Pengakap Remaja

1.   Lencana Jayadiri

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan.  Fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, Badan berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

1.1.   Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
1.2.   Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua Negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.
1.3.   Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.
1.4.   Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
1.5.   Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.

2.   Lencana Kemahiran

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatk darjah tertinggi Ilmu Asas Perbarisan, Simpulan dan Ikatan, Projek Perintis, Ilmu Berkhemah dan Navigasi serta Ikhtiar Hidup.

2.1.   Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.

2.2.   Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:-
a)   Simpul Tapak Kucing (Cats Paw Knot),


b)   Simpul Raga (Carrick Bend),


c)   Simpul Serban (Turk's Head),


d)   Simpul Buaian (Scaffold Hitch),


e)   Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend),








f)   Genggam Monyet (Monkey Fish Knot),









g)   Sambat Pendek (Short Splice),











h)   Ikat Jepun (Japanese Lashing),









i)   Ikat Filipina (Filipino Lashing),






j)   Takal Tali (Rope Tackle / Harvester's Hitch)









2.3.   Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:-
a)   3 - 2 - 1
b)   'log & picket'
c)   'dead-man'

2.4.   Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial renway' tidak kurang daripada 5 meter atau panjang.

2.5.   Melanjutkan pengetahuan

Lencana Kegiatan

Lencana Ekspidisi

Lencana Perkhidmatan


Sabtu, 5 Oktober 2013